26 Mei 2017 - 18:20
Trump Kritik Para Pemimpin NATO Di Atas Kegagalan Membiayai Keperluan Ketenteraan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik sekutu-sekutunya di NATO di atas kegagalan mereka membiayai keperluan pertahanan pertubuhan itu dan negara mereka sendiri. Beliau yang berucap di hadapan para pemimpin pertubuhan itu turut menuduh mereka sebagai "berhutang terlalu banyak wang."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik sekutu-sekutunya di NATO di atas kegagalan mereka membiayai keperluan pertahanan pertubuhan itu dan negara mereka sendiri. Beliau yang berucap di hadapan para pemimpin pertubuhan itu turut menuduh mereka sebagai "berhutang terlalu banyak wang."

Trump yang berada di Brussels dalam rangka merasmikan tugu peringatan serangan 11 September di hadapan ibu pejabat NATO secara langsung mengkritik 23 buah negara anggota pertubuhan yang terdiri daripada 28 buah negara itu kerana tidak melaburkan wang yang secukupnya bagi keperluan pertahanan mereka sendiri.

"Saya secara langsung telah berkata kepada Setiausaha (NATO), Stotenberg dan negara-negara ahli bahawa anggota NATO perlu melunaskan bahagian mereka dan mematuhi kewajiban kewangan mereka," katanya.

"23 daripada 28 buah negara anggota masih belum membayar apa yang sepatutnya dibayar oleh mereka (kepada NATO) dan juga gagal untuk membiayai keperluan pertahanan mereka sendiri," katanya lagi.

"Perkara ini tidak adil kepada warga dan pembayar cukai A.S... ," tambahnya.

Di bawah perjanjian 2014, setiap negara anggota NATO diwajibkan untuk memperuntukkan 2 peratus daripada GDP mereka kepada keperluan pertahanan. Akan tetapi, hanya A.S, Britain, Estonia, Greece dan Poland sahaja yang benar-benar mematuhi perkara itu. -ABNA24

/315